Rabu, 11 November 2009

Peperiksaan

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari
Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.



Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

Tips Peperiksaan

Sebelum Peperiksaan :

* Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
* Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
* Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
* Semak soalan-soalan yang lepas
* Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
* Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
* Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
* Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
* Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

Hari Peperiksaan :

* Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
* Datang awal ke dewan peperiksaan
* Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
* Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
* Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

Semasa Peperiksaan :

* Baca arahan dengan teliti.
* Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
* Baca setiap soalan dengan teliti.
* Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
* Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
* Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
* Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
* Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
* Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
* Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
* Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
* Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

Selepas Peperiksaan :

* Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
* Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
* Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
* Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...