Selasa, 30 November 2010

Rahsia Kejayaan:Berkat desakan keluarga


KOTA KINABALU 11 Mac – Desakan keluarga supaya mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) meskipun pada mulanya berhasrat menyambung pelajaran di kolej atau bekerja, membawa hikmah kepada Jennefer Walin, 20.

Anak seorang pembuat roti ini berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang 4A 1B dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.

Jennefer yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84 mata, merupakan satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin, Penampang, Kota Kinabalu yang memperolehi keputusan itu.

Beliau memperolehi A dalam subjek Sejarah, Sastera, Pengajian Am dan Seni Visual serta B dalam subjek Bahasa Malaysia.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, formula kejayaannya ialah menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar, menyiapkan semua kerja rumah dan kurangkan masa menonton televisyen.

“Apa yang penting sekali ialah tumpuan kepada guru semasa belajar dan semua kerja rumah disiapkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang berketurunan Dusun berasal dari Kampung Hubah berkata, cita-citanya untuk menjadi seorang guru dan akan memohon melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang sastera.
sumber:utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...