Khamis, 2 Disember 2010

Kesusahan jadi inspirasi Chiu Huay


-gambar hiasan-
MACHANG 11 Mac – Anak seorang penoreh getah di Kampung Belukar Panjang di sini, Kua Chiu Huay diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi negeri Kelantan.

Bagi Chiu Huay, 19, (gambar) kemiskinan keluarganya tidak menghalangnya daripada belajar dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan, sebaliknya ia menjadi pendorong kuat.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah di sini, yang memperoleh Lima Prinsipal A itu memberikan tumpuan penuh sepanjang tempoh pembelajaran dalam bilik darjah.

“Apabila tidak faham saya terus bertanya kepada guru dan akan mengulang kaji setiap pelajaran di rumah pada sebelah malam dengan menggunakan kaedah menulis nota ringkas,” katanya.

Sementara itu, ayahnya, Kua Bon Seng, 48, berkata, anaknya amat gigih mengulang kaji pelajaran walaupun pada masa sama, terpaksa juga menolongnya menoreh terutamanya pada waktu cuti sekolah.

Mereka berdua ditemui pada majlis pengumuman keputusan STPM 2007 di SMK Hamzah di sini yang diisytiharkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Ismail Md. Noor.

Seorang lagi pelajar cemerlang STPM, Noradilah Othman dari SMK Putra, Kota Bharu berkongsi kejayaannya dengan selalu mengadakan perbincangan berkumpulan setiap hari selepas waktu persekolahan.

“Saya kebiasaannya bersama dengan rakan lain akan berada di sekolah sehingga waktu petang untuk mengadakan perbincangan dan kadang-kadang ada juga guru dan pengetua yang bersama dengan kami.

“Pada sebelah malam pula, saya akan memperuntukkan waktu sehingga tiga jam untuk mengulang kaji pelajaran,” kata anak kepada Penyelia syarikat Air Kelantan cawangan Kubang Kerian.

Bagi seorang lagi pelajar cemerlang, Mohd. Saiful Faizal Mohd. Zin, selain mengulang kaji pelajaran, dia sering diingatkan oleh kedua ibu bapanya agar menghormati dan menghargai para guru yang gigih mendidik.

“Saya selalu ingat pesan mereka, walau setekun mana kita belajar tetapi sekiranya tidak mendapat restu daripada guru, maka ilmu yang diperoleh itu tidak membawa keberkatan,” katanya.

sumber:utusan

Selasa, 30 November 2010

Pelajar Cemerlang SPM


sempena cuti persekolahan ini pasti banyak program-program yang dirancang . Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?

Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.

Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, “Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.



Cuba anda tengok (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau.

Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.

Rahsia Kejayaan:Berkat desakan keluarga


KOTA KINABALU 11 Mac – Desakan keluarga supaya mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) meskipun pada mulanya berhasrat menyambung pelajaran di kolej atau bekerja, membawa hikmah kepada Jennefer Walin, 20.

Anak seorang pembuat roti ini berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang 4A 1B dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.

Jennefer yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84 mata, merupakan satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Peter Mojuntin, Penampang, Kota Kinabalu yang memperolehi keputusan itu.

Beliau memperolehi A dalam subjek Sejarah, Sastera, Pengajian Am dan Seni Visual serta B dalam subjek Bahasa Malaysia.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, formula kejayaannya ialah menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar, menyiapkan semua kerja rumah dan kurangkan masa menonton televisyen.

“Apa yang penting sekali ialah tumpuan kepada guru semasa belajar dan semua kerja rumah disiapkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang berketurunan Dusun berasal dari Kampung Hubah berkata, cita-citanya untuk menjadi seorang guru dan akan memohon melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang sastera.
sumber:utusan

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...