Jumaat, 17 Disember 2010

Tips Cepat Ingat


Banyak perkara atau subjek atau term yang kita kene ingat setiap hari apatah lagi kehidupan seorang yang bergelar pelajar. Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita hendaklah tahu teknik atau kemahiran mengingat. beberapa tips kemahiran mengingat seperti dibawah:

(1) tampal nota-nota penting di dinding. (membantu mengingat melalui proses tak langsung)

(2) Gambar. (cuba tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

(3) Gabungan. ( gabungkan huruf pertama dari kata-kata kunci untuk membentuk perkataan baru.

(4) Kaitkan dengan cerita. ( reka cerita mengenai perkataan atau konsep yang perlu diingati, lagi unik cerita lagi baik)

(5) Pecahkan. (pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil dan analisis secara logik perkaitannya)

Rabu, 15 Disember 2010

Sikap Pelajar Cemerlang


Seringkali kita mendengar pelajar cemerlang mempunyai sikap-sikap positif dan merangsang mereka berjaya dengan cemerlang. tetapi mungkin segelintir saja yang tahu apakah sikap pelajar cemerlang? Dan kali ini saya senaraikan beberapa sikap yang mudah ditiru tetapi dipandang remeh oleh segelintir pelajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

(1) sentiasa menunjukkan reaksi yang ceria, positif, bersemangat dan bermotivasi tinggi.

(2) mulakan harinya dengan doa. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji dan juga sebelum menghadapi peperiksaan.

(3) menggunakan kedua-dua otak kanan dan otak kiri mereka. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti untuk meransang otak kanan dan otak kiri.

(4) merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-kita ingat cuma 10% dari apa yang dibaca
-kita ingat cuma 20% dari apa yang kita dengar
-kita ingat 50% dari apa yang didengar dan dilihat
-kita ingat 70% dari apa yang dicakapkannya
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan

(5) sentiasa membawa pensel/ballpen dan buku catatan.

semoga ciri-ciri diatas ada pada anda semua. semoga dapat menjadi pelajar cemerlang!
-salam sukses-

Isnin, 13 Disember 2010

Lagu Pembakar Semangat- Kau Boleh


Lagu; Kau Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...