Sabtu, 25 Disember 2010

Tekad Ubah Nasib Keluarga Dorong Syaril Capai 9A


HULU TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Kemiskinan tidak menghalang beberapa pelajar sekolah Imtiaz Kuala Berang di sini mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan Khamis.

Bagi Mohamad Syaril Azmi, 15, usaha bersungguh-sungguh dan tekad mengubah nasib keluarga menjadi dorongan beliau untuk mencatat keputusan 9A.

"Saya setiap malam melakukan solat hajat terutamanya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan," katanya ketika ditemui hari ini.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, beliau terkejut dengan kejayaannya itu pada peperiksaan percubaan sebelum itu, dia cuma memperoleh 5A. Nurafina Idris, anak buruh kampung, yang memperoleh 8A, 1B menyifatkan kejayaannya sebagai satu rahmat dan hasil pengorbanan keluarga yang sentiasa menyokongnya.

Anak kelahiran Kuala Berang dan bercita-cita menjadi peguam Syarie itu berkata beliau sering berdoa agar diberikan kekuatan dan petunjuk semasa menghadapi peperiksaan.

Seorang lagi murid cemerlang sekolah itu, Nurul Syuhadah Suhaili, dari Hulu Terengganu, berkata beliau tidak menduga akan memperoleh 9A kerana semasa peperiksaan percubaan hanya mendapat 3A.

Anak kepada pemandu jentera angkat balak itu berkata kejayaannya disebabkan oleh banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan.-- BERNAMA

Pelajar Berkerusi Roda Raih 7A


KLANG, 23 Dis – Seorang pelajar istimewa membuktikan bahawa ketidakupayaannya untuk berdiri bukanlah penghalang untuk beliau memperoleh 7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan hari ini lapor Bernama.

Jayson Pua, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar di sini berkata walaupun pada mulanya menjangkakan untuk memperoleh 8A tetapi beliau tetap gembira dan sangat berpuas hati kerana mendapat dik itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Bahasa Cina dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan) serta memperoleh B dalam Bahasa Inggeris.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan sekolah yang banyak membantu walaupun saya berkerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kapar di sini.

Bapanya, Pua Hock Chai, 59, seorang pesara, berkata Jayson mengalami masalah kaki lemah sejak berumur lapan tahun dan keadaan itu menyebabkan dia kerap terjatuh.

Ibunya, Goh Eng Booy, 48, pula terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai guru pada 1992 bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada Jayson yang terpaksa menggunakan kerusi roda ketika umurnya 10 tahun.

Pua berkata Jayson terpaksa memakai alat penyokong badan selepas menjalani pembedahan pada 2 Dis lepas bagi meluruskan tulang belakang yang bengkok.

Pelajar Rabun Di Johor Peroleh 8A Dalam PMR


JOHOR BAHARU: Seorang pelajar perempuan yang mengalami masalah rabun membuktikan kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, yang keputusannya diumumkan pada Khamis.

Ting Kai Li, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, berkata dia berasa sangat terkejut dengan keputusan itu kerana tidak menyangka mendapat pencapaian yang cemerlang.

"Saya mempunyai jadual belajar yang ditetapkan dan akan memastikan sentiasa mengikut jadual tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PMR oleh Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran di sini pada Khamis.

Ting, yang turut dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah penglihatan), berkata dia menggunakan masa lapangnya dengan bermain piano ataupun mendengar muzik klasik.

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu berkata dia amat meminati subjek Bahasa Inggeris dan bercita-cita menjadi seorang doktor.

Farah Raihanah Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, pula dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah fizikal) apabila memperoleh 4A, 3B dan 1D.

Farah Raihanah, 15, yang menghidap autisme sejak berumur tiga tahun, berkata dia banyak mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolahnya denagn dibantu oleh guru.

"Saya suka mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris, dan saya suka membaca novel ataupun cerpen berunsur sejarah," kata Farah Raihanah yang bercita-cita menjadi seorang penulis. - BERNAMA

Ahad, 19 Disember 2010

Ayat-ayat Motivasi


Senarai ayat-ayat motivasi, semoga memberi manfaat=)

1)Jangan banyak berdalih tapi katalah boleh
2)Seorang SAHABAT lebih baik dari seribu KAWAN
3)1 kesalahan dapat menutup 10 kebaikkan, tapi adakah 1 kebaikkan dapat menutup 10 kesalahan?
4)Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
5)Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
6)kejatuhan akan membakar semula semangat kita yang kian lumpuh
7)Pengalaman adalah guru kepada kehidupan
8)Jadilah lilin yang menerangi dunia ataupun jadilah cermin yang boleh membiaskan cahaya lilin itu
9)Kekuatan manusia terletak pada akalnya.
10)Orang bodoh tak kenal orang pandai sebab dia tak pernah pandai tetapi,orang pandai kenal orang bodoh sebab dia pernah bodoh
11)kehidupan ini dipenuhi dengan seribu kemanisan tetapi untuk mencapainya perlukan seribu macam pengorbanan

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...