Sabtu, 24 September 2011

Let by Gones be by Gones

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.

Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.

Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.

Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.

Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentias mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilalukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.

Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.

Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda. Seterusnya, cari siapa yang boleh support

Anda !!

Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

cc: stratovarius sonata-arctica

Khamis, 22 September 2011

Lepaskan Stress

Kisah motivasi;

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”


cc to: Laut Merah dan Ruzaini Omar

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...