Selasa, 18 Oktober 2011

Cara Atasi Masalah Kurang Penumpuan ketika Belajar

Ibu bapa dan pelajar-pelajar semua semua, tips ini saya dapati daripada ruangan Skor di Utusan Malaysia. Seringkali apabila ketika kita belajar perasaan dan fikiran akan terfikirkan benda-benda lain hinggakan pelajaran atau buku yang sedang kita baca hilang entah ke mana.

Ini menyebabkan apa yang dipelajari atau diulangkaji sukar untuk kita mengingatinya. Oleh itu di bawah ini ada tip yang boleh diamalkan untuk mengatasi msalah kurang tumpuan ini

  • Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
  • Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
  • Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi
  • Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
  • Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
  • Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
  • Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
  • Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.
  • Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
  • Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
sumber

study last minute

Walaupun anda tahu bahawa belajar last minute atau study last minute merupakan salah satu cara terburuk untuk belajar tetapi kenyataan hampir semua orang terjerumus dalam study last minute. disini saya nak bagi tips belajar last minute yangsesuai untuk semua lapisan pelajar. Antara tipsnya:


Tips belajar last minute ke-1
baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks selalu provide summary di bahagian last sesuatu topic. itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu anda tahu.


Tips belajar last minute ke-2
beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examanition kuar dari apa yang ditekankan lecture.

Tips belajar last minute ke -3
jangan membuat note, itu bukan caranya kerana anda kesuntukan masa. hanya list down pekara penting sahaja.

Tips belajar last minute ke -4
set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun inglishnya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksian.

Tips belajar last minute ke -5
tumpukan kepada subject yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subject tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.

Tips belajar last minute ke-6
perbanyakkan buat soalan exam yang lepas, hampir 65 % adalah soalan berulang.
jika subject mathematic, disarankan hanya membuat soalan past year sahaja. paham formula dan buat latihan.

Tips belajar last minute ke -7
stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana anda dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula

Tips belajar last minute ke -8
banyaklah bodek lecturer korang.. mana taw kot2 dia terbagitaw ^_^.

Tips belajar last minute ke-9
tumpu lebih masa kepada subject yang korang dapat carry mark rendah. usaha untuk mendapatkan result yang lebih bagus untuk subject itu.

Tips belajar last minute ke-10
berbayaklah berdoa agar apa yang korang baca korang ingat.

Teknik Belajar Saat Akhir

Tips belajar saat akhir/ last minit

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

sumber

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...