Sabtu, 7 Januari 2012

Maksud Kejayaan

Sahabat seperjuangan,

Dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan dalam hidup. Dari kanak-kanak hingga ke dewasa manusia menanam cita-cita untuk mencapai kejayaan.

Ya… KEJAYAAN
namun apakah yang dikatakan dengan mencapai kejayaan tersebut? Adakah mencapai kejayaan tersebut bermakna:

  • Berjaya dalam peperiksaan

  • Berjaya memasuki Universiti

  • Berjaya mendapatkan Ijazah

  • Berjaya dalam mencapai bebas kewangan

  • Berjaya memiliki harta yang banyak

  • Berjaya memiliki rumah yang besar dan kereta mewah yang besar

  • Berjaya memiliki simpanan wang yang banyak

  • Berjaya memiliki kerjaya yang sering diidamkan

  • Berjaya dalam memiliki pangkat yang besar

  • Berjaya memiliki isteri yang cantik atau suami yang tampan

Tidak kisahlah apa pun kejayaan yang ingin dicapai, kejayaan bagi saya bermaksud berjaya mencapai atau memiliki apa yang dicitakan dan diimpikan.

Dalam keghairahan kita mengejar kejayaan masih ramai yang terkapai-kapai dan bersusah payah namun kejayaan yang diidamkan masih belum dicapai malah tidak nampak tanda-tanda kejayaan yang diidamkan akan tercapai.

Secara umumnya dari seluruh jumlah manusia yang hidup, hanya :

  • 5% - betul-betul mencapai kejayaan
  •  
  • 15% - berjaya namun masih masih belum mencapai kejayaan maksimum

  • 60% - masih terkapai-kapai berusaha serta bersusah payah bagi mencapai kejayaan

  • 10% - menganggap diri mereka tidak mampu dan mengharapkan ehsan orang lain bagi mencapai kejayaan

Ini adalah pecahan dari statistik carta Pareto dan statistik ini adalah secara umum. Jadi di kelompok manakah anda rasa anda berada ? Jika anda rasa anda belum berjaya apa yang perlu anda lakukan? Adakah anda harus berpeluk tubuh dan dan hanya berserah pada takdir.

Secara umumnya hanya 20% sahaja yang mengecapi kejayaan.

Adakah anda pasti yang anda mampu berada di dalam kelompok 20% ini? Atau mungkin anda hanya berserah sahaja kepada nasib dan takdir? Jika hanya 20% sahaja yang berjaya ini bermaksud hanya mereka yang terpilih sahaja yang layak untuk mengecapi kejayaan.

Ini bertentangan dengan apa yang diajar dalam agama dimana nasib manusia tidak akan berubah tanpa manusia tersebut tidak cuba untuk mengubahnya. Oleh itu pasti ada cara yang lebih mudah bagaimana untuk mencapai kejayaan.

Berusaha sahaja tidak mencukupi…

Kita telah melihat ramai yang berusaha keras membuta tuli namun kejayaan yang diharapkan tidak kunjung tiba malah kita tidak perlu melihat orang lain kerana diri sendiri juga selalu menghadapi perkara ini.

Namun ada juga kita melihat dimana ada yang berjaya tetapi tidak perlu terlalu bersusah payah dan peluang serta kejayaan yang mereka miliki seperti datang bergolek kepada mereka. Ternyata ada cara lain selain dari hanya berusaha keras bagi mencapai kejayaan.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...