Jumaat, 23 Mac 2012

Borang Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) 2012

Borang Permohonan KursusPerguruan Lepas SPM (KPLSPM) 2012 | Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012 kini dibuka mulai 22 Mac 2012. Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
  • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.


Cara Memohon

Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Applikasi Permohonan KPLSPM 2012.

Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.

Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) 2012

Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.


Sumber: Melvister

Pilih Kursus Yang Sesuai

Salam hormat,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda ketakutan kebanyakan pelajar lepasan SPM 2011 sekarang iaitu GAGAL.

Fakta Gagal.

Konspirasi GAGAL kan kebanyakan calon Lepasan SPM 2011 yang memohon kerjaya seperti yang dinyatakan? Entahlah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon mengisi kerjaya-kerjaya ini.

Kerana apa? Kerana persaingan yang begitu kuat sekali. Tetapi untuk maklumat lanjut kepada anda hampir 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditawarkan untuk tahun 2012 ini.

Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik(51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awam (ILKA) sebanyak 38,500.

Banyakkan tempat yang ditawarkan!.

Tetapi tahukah anda berapa ramaikah calon lepasan SPM untuk tahun 2011 sahaja ini?
Untuk tahun 2011 calon lepasan SPM ialah 468,808 dan sudah tentu akan berlaku persaingan yang amat sengit dari calon lepasan SPM yang lain, dan bagaimana hendak mengelakkan diri anda daripada GAGAL memohon kerjaya seperti yang dinyatakan?.

Sebenarnya, kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang maklumat terkini mengenai kerjaya dan cara bagaimana sesuatu kerjaya itu dibuat!!

Jika anda ingin berjaya dalam kerjaya-kerjaya yang telah dinyatakan ini, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk maklumat kerjaya lepasan SPM 2010 yang terkini ini adalah:

Lihat di sini..


Anda boleh lihat sendiri 'life' testimonial mereka yang memperakui kebaikan memiliki Ebook rujukan ini, dan inilah rujukan yang anda perlukan bagi berjaya menggapai kerjaya yang anda idam-idamkan selama ini. Buatlah persiapan rapi untuk kejayaan di menara gading nanti.


P/S: Saya doakan anda sentiasa berjaya dan jangan putus asa. Genggam Bara api, Biar sampai jadi arang!!

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...