Jumaat, 31 Ogos 2012

Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat

Tarikh Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 : 15 Sept 2012


PANDUAN UMUM KEPADA CALON
Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu: 

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara. 

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali


A menjana sinergi multisektor.

B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.

C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial. 

Jawapan : B

2.         Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.

            Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.

II saringan kanser reproduktif.

III ujian makmal yang komprehensif.

IV perkhidmatan perancang keluarga.


A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV
Jawapan : D

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah 

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: 

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik 

(i) Kemahiran Logik 

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data 

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5. 

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

A 38

B 40

C 44

D 48
Jawapan : C

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.

Bincangkan.

2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

 Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris 

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. 

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas 

CONTOH SOALAN :

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.


2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?



50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...