Jumaat, 23 Ogos 2013

SPA panggil anda 29 OGOS ini?

Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 pada 29 Ogos ini.

Anda boleh buat semakan melalui link ini;

[+] http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Jika anda dipanggil, jangan hadir tanpa
persediaan, peluang untuk anda gagal besar
jika anda buat begitu.

Rujukan ini wajib anda baca. Ianya oleh
Team Infokerjaya yang telah bantu ribuan
calon lulus sejak tahun 2009 lagi. Terus ke;

http://www.pegawaipenerangan.com

Sekadar nak berkongsi :)

Serius, demi kejayaan anda!

ikhlas
Team TipsPeperiksaan
http://tipspeperiksaan.info

Khamis, 22 Ogos 2013

Tips Temuduga

Oleh MUHABIR BIN IBRAHIM
http://kerjayasale.com

[JUALAN MURAH SEKARANG]

Saya kongsikan beberapa tips untuk semua calon-calon untuk Temuduga tak kira apa sahaja jawatan memandangkan sekarang ini musim temuduga.

#1 Jika anda seorang graduan, tunjukkan kebolehan dan pengetahuan anda setanding dengan ijazah yang anda miliki. Jangan sekali-kali biarkan panel penemuduga mempunyai persepsi bahawa prestasi anda sama sahaja dengan calon-calon yang lain.

#2 Jika anda calon yang sedang berkhidmat, berikan tanggapan yang meyakinkan bahawa seolah-olah anda sedang berkhidmat dalam jawatan yang dimohon. Jawap semua soalan temuduga atas kepercayaan bahawa anda sedang menjawat jawatan tersebut.

#3 Jika anda calon 'fresh', jangan mempunyai persepsi negatif mahupun rendah diri. Tunjukkan kemampuan anda melebihi tahap umur dan kelayakan akademik anda. Pamerkan semangat dan tenaga muda anda yang kuat. Berikan harapan kepada panel bahawa anda adalah calon terbaik yang mesti dipilih. Berikan idea kreatif dan jalan penyelesaian yang kreatif yang akan menguntungkan organisasi. Ambil masa untuk mengkaji kelemahan dalam organisasi awam dan beriakan jalan penyelesaian.

#4 Tugas kerjaya ini rencam sifatnya. Umumnya anda akan diberikan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat, sumber manusia, kewangan dan sebagainya bergantung kepada penempatan anda. Namun, anda juga boleh diberikan tugas selain dari yang dinyatakan di atas seperti pengurusan harta, aset, majlis, penerbitan, dasar dan pelbagai lagi.

#5 Bagi tujuan temuduga, bacaan wajib yang disarankan termasuklah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Perbendaharan dan Perlembagaan Persekutuan. Panel suka bertanya soalan isu semasa yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan awam; contohnya isu jenayah jalanan yang menimbulkan perasaan tidak selamat kepada rakyat. Apa peranan yang perlu dilakukan oleh perkhidmatan awam (PDRM).

#6 Jika anda masih mempunyai banyak masa lagi, pergi bertemu ramah dengan penyandang kerjaya tersebut tidak kurang 10 orang. Tanya pengalaman dan nasihat mereka. Minta mereka tunjuk atau ajarkan bagaimana mereka melakukan tugas mereka. Jika boleh, biar anda yang lakukan dengan penyeliaan mereka. Di penghujung cerita, anda sudah pun mempunyai pengalaman 10 orang Penolong Pegawai Tadbir.

#7 Contoh Soalan Sikap atau Personaliti;
"Apa yang saudara/i lakukan selepas tamat pengajian sehingga hari ini memandangkan sudara/i telah tamat pengajian 7 bulan lepas"

Jika jawapannya "tidak melakukan apa-apa" ia menunjukkan calon seorang yang tidak ada inisiatif dan sifat berdikari. Ini bermakna, bila bekerja seseorang itu berkemungkinan tidak proaktif atau pasif. Hanya suka menunggu dan tidak ada daya usaha sendiri. Sudah tentu panel tidak tertarik.

Selamat Berjaya!

Hak Cipta © Muhabir Bin Ibrahim 2013

***Jualan murah + clearing stock
Dapatkan kedua-dua ebook pada harga terendah sekarang:
Resume Kerja : Harga Normal RM50 (Harga Offer RM15)
Bijak Temuduga : Harga Normal RM80 (Harga offer RM15) 
http://kerjayasale.com

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...