Khamis, 14 Ogos 2014

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Salam Sejahtera,

Peperiksaan awam bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41
bakal diadakan pada 19.08.2014.

Disini kami sediakan beberapa panduan peperiksaan penguasa kastam W41
sebagaimana dirumuskan oleh pihak SPA.

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon
mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan
pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan.

Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai
skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar
sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.


Bahagian Soalan Penguasa Kastam W41

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu
menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik
dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang
memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka
prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak
memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

Salam sukses,
http://tipspeperiksaan.info

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...