Sabtu, 23 Ogos 2014

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Peperiksaan bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41 dijangka berlangsung pada 6 September 2014 di website yang telah ditetapkan. Calon-calon diharap lebih bersedia untuk menghadapi exam ini.

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat &
komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh Soalan:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah
A Kementerian Kewangan.
B Kementerian Dalam Negeri.
C Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan: A

2. Manakah antara berikut yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai?

I Pulau Perhentian
II Pulau Langkawi
III Pulau Tioman
IV Labuan

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Jawapan: D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Urutan yang terakhir ialah rajah

A

B

C

D

Jawapan: C




Apakah nilai paling sesuai bagi A? (94/47/2) (180/45/4) (126/42/A)
A 2
B 3
C 4
D 5
Jawapan: B

Teknik menjawab:
94 / 47 = 2
180 / 45 = 4
126 / 42 = A
A = 3

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negarayang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.
 
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 160 orang
B 200 orang
C 400 orang
D 560 orang

Jawapan: A

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
                                  = 160
                                  = 160 + 400
                                  = 560
Pelancong tempatan = 2/3 x 600
                               = 400
Beza pelancong Bulan April = 560 – 400 = 160

2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan kamera digital yang dijual pada tahun 2007 dan 2008. Sebanyak 290 kamera digital telah dijual dari tahun 2007 hingga 2010 dengan nisbah pada tahun 2009:2010 adalah 3:4.

2007 = = = =
2008 = = = = = =
2009
2010
             = mewakili 15 kamera

Bilangan kamera digital yang dijual dalam tahun 2010 ialah

A 30
B 60
C 80
D 140
Jawapan: C

Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 07/08 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 09/10 = 290 - 150
                                                             = 140 buah
Oleh yg demikian, 3:4 = 140 buah
       1 buah = 140/7 = 20
dan 4 buah = 4x 20 = 80 buah
Oleh itu jualan kamera digital pada tahun 2010 ialah sebanyak 80 buah.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

 Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A 105m2
B 125m2
C 230m2
D 245m2
Jawapan: A

Teknik menjawab:
Petak C = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C = 1/4 * (10 * 10)
              = 25 m2
Panjang Petak B = panjang petak A + panjang petak C
                          = 10 + 5
                          = 15 m
Luas petak B      = 15 * 7 = 105 m2

 2. Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

A RM100
B RM120
C RM160
D RM200

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

10% daripada jumlah gaji = RM100
100% gaji = 100/20 x RM100 = RM1,000
20% kenaikan gaji = 20/100 x RM1,000
                             = RM200
                             = RM200 + RM1,000
                             = RM1,200
Bil kad kredit baru = 10% x RM1,200
                             = RM120

 SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)

Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah.

Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

 SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)

Panjang esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam, Gred W41 adalah lebih baik.

‘Selamat Maju Jaya’
 ----------------------------------------------------------------------------------------------

 Jika anda berminat untuk dapatkan ebook diatas, sila DAFTAR DISINI kerana kami difahamkan ebook ini masih lagi dalam proses kemaskini. Bila sudah siap semuanya, jualan akan mula dibuka. Jadi, daftar dulu dan kami akan bagitau update terkini.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...