Rabu, 27 Ogos 2014

Cara Belajar Pada Waktu Malam

Ramai pelajar suka memilih waktu malam untuk belajar. Ramai juga berpendapat bahawa mereka lebih fokus belajar pada waktu malam. Post kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips belajar pada waktu malam.

Cara Belajar Pada Waktu Malam

  • Jika ini kali pertama anda belajar pada waktu malam, perkara pertama yang perlu dibuat adalah tentukan subjek apa yang harus anda belajar sepanjang malam tersebut. Persediaan ini melibatkan kekuatan mental untuk anda dapat fokus pada subjek yang telah ditentukan.

  • Sediakan minuman kafien seperti kopi, teh, atau nescafe dan sebagainya. Boleh juga dapatkan minuman yang bertenaga seperti 100 plus dan lain-lain. Abaikan langkah ini jika badan anda sudah cukup rehat sempurna.

  • Cari kawan yang akan belajar bersama anda samada melalui telifon, SMS ataupun chat. Kawan anda diamanahkan supaya anda tidak tertidur semasa belajar pada waktu malam. Cara ini mungkin akan mengurangkan fokus anda untuk belajar tapi ia membantu jika anda sudah berpakat lebih awal.

  • Keluarkan 'laptop' dari bilik anda. Ini dapat mengelak dari anda bermain 'game'. Apa sahaja gadjet yang mengganggu anda belajar harus diletakkan di luar bilik.

  • Jangan belajar atas katil kerana anda akan tertidur semasa belajar. Cuba belajar di 'meja study' kerana ia membantu anda fokus 100% pada subjek.

  • 'Turn on' semua suis lampu dalam bilik anda. Contohnya lampu meja, lampu dinding/lampu bilik. Ia membantu anda untuk tidak tidur semasa belajar.

  • Jangan letak semua buku atas meja. Pastikan anda susun dahulu dan gunakan beberapa buku yang sepatutnya anda study pada malam tersebut. Lagi sikit lagi baik. Ia membantu untuk anda cepat habis 'study'.

  • Sediakan bahan-bahan belajar(buku teks, buku tulis, kertas, pencil case, dan macam-macam lagi) lebih awal. Seeloknya pada waktu petang.

  • Fokus untuk study. Lebih banyak anda belajar, lebih fokus anda akan dapat. Pastikan anda rehat keesokkan hari supaya tenaga mampu pulih sempurna. Malam seterusnya anda mampu untuk belajar semula.
Semoga tips dan cara belajar pada waktu malam di atas dapat membantu masalah anda untuk fokus belajar pada waktu malam.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...