Isnin, 8 September 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2014 diucapkan kepada semua calon-calon khususnya pelajar tahun 6 di sekolah rendah kebangsaan. Pastinya perasaan berdebar dan risau akan hari esok dapat dirasai oleh semua yang terlibat termasuk ibu bapa dan juga guru-guru.

Tips menghadapi peperiksaan UPSR ada menceritakan bagaimana cara terbaik untuk semua calon-calon menghadapi UPSR dengan cemerlang. Semoga anda semua berjaya mencipta kejayaan yang cemerlang walaupun bukan lah lagi di peringkat tertinggi tetapi ia sebagai langkah permulaan untuk menempa kejayaan yang lebih jauh lagi.


Buat ibu bapa dan guru-guru serta ahli keluarga yang terdekat, berilah sokongan dan galakan kepada calon UPSR agar mereka lebih bersemnagat untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Walaupun ada diantara calon masih lagi sangat kurang persediaan, bantulah mereka supaya belajar tip-tip penting dan juga teknik menjawab soalan peperiksaan nanti.

Semoga hari esok memberi kemudahan kepada semua calon menjawab soalan peperiksaan UPSR walau dengan apa cara sekalipun. Oh ya, amalkan juga surah yasin setiap hari agar hati anda sentiasa tenang dan juga doa-doa peperiksaan yang lain.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2014 kepada semua calon-calon tak lupa juga kepada ibu bapa dan guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar, mendidik anak-anak sepanjang tahun demi sebuah kejayaan.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan

50 Soalan Sekyen A dari ebook rujukan pantas separa perubatan ( www.separaperubatan.com ) 1.       Apakah cara yang selamat untuk m...